My Islam

Tokoh Islam

Biografi

Artikel

Tips & Tricks

Kisah

» » » Tingkatan Orang yang Berpuasa

Apakah puasa memiliki tingkatan-tingkatan? Jika ada, maka apa sajakah tingkatan-tingkatan itu?

Jawaban : Prof. Dr. Ali Jum‘ah Muhammad
Ya, puasa memiliki tingkatan-tingkatan. Ada seseorang yang berpuasa dengan menahan diri dari makanan dan minuman saja. Ini adalah tingkatan paling rendah dalam berpuasa. Ada juga seseorang yang berpuasa dengan menahan diri dari makanan, minuman, perbuatan maksiat dan perkataan kotor. Derajat ini lebih tinggi dari tingkatan sebelumnya. Ada juga puasa yang dilakukan oleh orang-orang pilihan yaitu dengan menahan diri dari makanan, minuman, perbuatan buruk dan perkataan kotor, serta menjaga hati dan fikiran mereka dari hawa nafsu dan hal-hal yang memalingkan mereka dari mengingat Tuhan. Inilah tingkatan tertinggi dari puasa.

Imam Ghazali telah membagi puasa ke dalam tiga tingkatan di atas, yaitu:
Menurut Imam al- Ghazali, puasa ( dari kaca mata tasawuf ) terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu :
1. Shaum Umum ( Puasa Orang Kebanyakan )
- Sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syawat
2. Shaum Khusus ( Puasa Khusus )
- Ini merupakan puasa orang- orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut.
 ● Menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama
● Menjaga lisan daripada berdusta, menfitnah dan mengucap perkataan- perkataan yang keji.
● Menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
● Menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan- perbuatan negativ
● Menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa
● Menjaga hari agar berada antara khauf ( takut ) dan raja’ ( berharap ) dan sedar bahawa Allah S.W.T berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.

3. Shaum Khususil Khusus ( Puasa Golongan yang Khusus daripada Khusus )
- Puasa ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Puasa pada tingkatan tiga ini boleh dikatakan sebagai tingkatan ibadah puasa yang paling tinggi dari dua tingkatan di atas kerana ia Puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran keduniaan serta mencegahnya memikirkan perkara- perkara selain Allah.

Wallahu subhânahu wa ta’âlâ a’lam.

Author Straw Hat

Jαngαn mαlu untuk menulis tentαng Islαm wαlαupun sepotong αyαt...Mαnα tαhu dengαn sepotong αyαt itu berhasil menyentuh hαti pembαcαnyα....

Sharing Is Caring
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply